Pages

08 March 2009

Salah sangka tak bertempat

Bismillah..

Amaran: Ini bukan sesi meluahkan perasaan :) Cuma mahu menzahirkan pandangan.

Saya sebenarnya pernah dilontarkan satu soalan.. hmm.. lebih kurang ditanya apa agaknya kerja pensyarah ni yek.. banyak benar gaji tapi macam rileks jer.. (dalam hati saya: Manalah kau tau gaji aku banyak. Rasanya banyak lagi gaji orang kerja swasta :P). Saya tersenyum dan menjawab,

" Banyak. Banyak kerja menggunakan mental."

Di masa yang lain pernah juga saudara terdekat saya yang juga lulusan universiti membuat penyataan pada saya, pensyarah ni senang je nak dapat markah. Pergi bodek-bodek sikit, buat baik sikit, rajin datang tanya.. dapatlah 'A'. Saya terkejut. Uikss!!?? Macam tu ke masa dia belajar dulu? Sebolehnya saya menjawab juga (saya memang suka amat membela diri.. hehehe),

"Emmmm.. pensyarah U awak ajer kot. Pensyarah Akak dulu jangan haraplah.. kalau tak takkan Akak boleh jadi pensyarah kot sebab Akak ni nak buka mulut pun susah, apatah lagi nak membodek orang! Oh satu lagi, sepanjang Akak jadi pensyarah, tak pernah terfikir nak buat macam tu.. siapa yang datang dengan unsur-unsur bodek pasti akan pulang dengan muka kebiruan sebab kena smash!"

Dan banyak lagi pertanyaan. Cuma saya tak simpan dalam kotak fikiran. Apabila ada masa lapang, saya mula terfikir.. mengapa mereka suka berkata begitu? Bukan dua orang sahaja, malah ramai lagi. Adakah kerana kami boleh slide kad matriks sesuka hati (tidak terikat dengan waktu 8.00 to 5.00) ataupun kami boleh keluar rehat sesuka hati atau kerana kami ada bilik masing-masing yang orang tidak nampak kerja apa kami buat atau kerana kami muda-mudi yang nampak macam tak berpengalaman (ini kes macam universiti saya yang baru lahir ni) atau entahlah.. tetapi ketahuilah kami mempunyai satu komitmen yang sangat berat! Bagi saya, benar saya tidak terikat dengan masa 8.00 to 5.00, tetapi setiap hari saya kerja lebih masa ini! Jika tidak.. bertimbun kerja yang tidak akan siap!

Tugas hakiki kami mengajar. Tetapi kami bukan mengajar sekolah rendah. Mungkin agak mudah kerana pelajar yang ada adalah yang dewasa dan kurang onarnya, tetapi pengetahuan kena mantap kerana yang bertanya bukan budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Dalam mengajar kami perlu membuat penyelidikan. Untuk apa penyelidikan? Hmmm.. apa gunanya ahli akademik jika tiada ilmu baru yang hendak di korek? Ilmu Allah ini luas, maka pastinya banyak lagi yang perlu disebarluaskan.. Cuba baca makna surah Kahfi, antara ayat yang akhir-akhir (maaf, saya lupa). Dinyatakan, ilmu Allah ini begitu banyak, jika ditulis, nescaya akan habis lautan dijadikan dakwat malah tidak cukup jika didatangkan selautan lagi! Saya masih baru dalam arena penyelidikan kerana selama ini saya menumpukan pada pengajaran dan menguatkan asas saya.

Lagi, kena uruskan pengurusan.. majoriti pensyarah akan diberi tugas memegang jawatan atau AJK apa-apa sebagai latihan, pengalaman dan tanggungjawab. Semua itu kami perlu buat dan cukupkah waktu pejabat? Azam saya untuk tidak membuat kerja pejabat di rumah belum tercapai. Kenapa? Sempat kah saya mahu membuat semua itu dalam waktu yang singkat? Bayangkan bagaimana mahu membuat projek akhir semester? Tak perlu bayangkan projek master.. tetapi bayangkan mahu menyiapkan projek sarjana muda pun cukuplah! Begitu seksa kami mahu menyiapkan penyelidikan.. tanpa panduan dan pertolongan pensyarah seperti dahulu! Dan pula projeknya bukan satu sahaja! Sebab itu ada satu masa, saya hampir tidak boleh membuat kerja kerana otak yang terlalu penat berfikir.. Tetapi saya kena kuat, kerana ini jalan yang saya pilih. Bukan kerana gaji.. bukan kerana pangkat dan nama.. tetapi kerana umat Islam kita yang semakin mundur kini!

Kadang-kadang di luar, saya mahu kelihatan seperti orang biasa. Seperti asal saya orang kampung, itulah saya. Apabila begini, ada pula yang sangka saya tiada kerja kerana nampak biasa-biasa sahaja dan nampak rehat-rehat sahaja. Jom gantikan kerja saya.. kata nak rasa kan?

Tetapi Alhamdulillah.. semua kata-kata itu menjadikan saya mahu berusaha lagi memperbaiki diri. Allah bagi hint banyak yang belum saya buat termasuklah belum sambung PhD. InsyaAllah, matlamat semakin jelas dan masanya insyaAllah akan tiba. Satu lagi, ia membuatkan saya serasa menghormati semua orang. Hatta surirumah pun saya pasti banyak tugasnya dan ada sumbangannya pada agama dan negara! Kerja guru pun besar juga manfaatnya.. begitu juga office boy, despatch sampailah ke Yang di Pertuan Agung pun! Semua ada guna, semua pun ada banyak kerja cuma bergantung pada individu mahu meletakkan dirinya di mana.

Eh? Sesi meluah perasaan juga jadinya.. :)

2 comments:

Ibu Aunis said...

Banun, bak mai bg kerja kat org yg dok bercakap senang..pensyarah takde kerja..

Ckp sng..dulu saya sabtu ahad pun ade kelas. Lagi bosan. Tapi nak buat camne kejer..marking paper pun bawak balik umah. Sbb kat ofis sibuk ngan preparation mengajar/sekali pk utk jawab soklan2..dsb. Mmg la kadang2 rehat bila2 ada masa, lari pi tapau makan..takkan tu pun ckp dok makan berjam2...makan pun dalam ofis tau..huhuhu...

senorita_2012 said...

Yer la Far.. kang kot cakap keje lecturer setiap satu kang kata riak pulak. Tapi sebab orang tak pernah rasa kot.. tak pun tak peka.. heheh..

Kadang-kadang siap kata.. cuba bagitau keje apa yang pensyarah buat tuh. Saya diam ajer.. sebut kang tak paham pulak.. :D Abaikan ajer.. tak jejas apa-apa pun. Kata kerja kerana Allah kan.. Allah tahu cukuplah.

Memang bab makan, tak terjaga langsung. Tapau je la dari cafe yang dekat nih. Buatnyer time pregnant nih saya memilih amat makan.. kadang2 tak makan sebab tak lalu nak telan.. Alhamdulillah berat naik elok ajer..