Pages

08 March 2009

Sudah lena..

Bismillah..

Lena sungguh mereka. Agak susah mahu melihat anak-anak ini tidur lena di waktu tengahhari. Biasanya sampai malam belum pasti mereka mahu berhenti bermain. Mungkin mewarisi perangai saya yang sukar tidur siang.

Suami saya baru lepas zuhur tadi berangkat ke Kuala Lumpur, menghadiri majlis sambutan MaulidurRasul di Jalan TAR. Berat juga saya mahu melepaskan cik Abang pergi, bukan sebab apa, kerana kudrat saya kini amat kurang terutama untuk memandikan dan cebok anak-anak. Akhir-akhir ini suami saya terpaksa membuat tugas ini, saya juga bimbang apa-apa berlaku dalam bilik air dan juga sudah tidak boleh menunduk kerana terhalang dengan perut yang semakin membesar. Tambahan pula bila mengingatkan anak-anak saya ini culas benar tidur siang, boleh letih kita dibuatnya! Lepas main, gaduh.. main.. gaduh.. main lagi tak reti penat! Sedang makan pun boleh main lagi. Aisyah pun sudah macam lelaki, asyik main wrestling dengan abangnya. Aduh!

Tetapi Alhamdulillah.. sebagaimana semasa suami ke Padang, Indon. dulu, saya betulkan niat saya. Suami saya pergi pun atas urusan agama kan. Biarlah.. bukan lama pun, habis majlis mungkin tengah malam. Awal pagi esok baliklah, insyaAllah. Masa pergi Padang dulu, anak-anak saya tidak banyak kerenahnya. Kali ini, tidak sangka pula lepas bergalak main, tertidur dua-dua. Alhamdulillah.. bolehlah saya simpan sedikit tenaga.. heheheh..

No comments: