Lama juga tak membebel dalam ni. Bukan tak ada masa, tapi biasa buka Facebook dulu. Lepas tu godek-godek facebook, jaga tanaman, jaga ternakan dan jaga ikan lepas tu mengantuk. Tidur je la apa lagi.. maka terabailah blog daku.. hehheeh..
Saya nak bercerita pasal 'Alawi. Anak sulung yang banyak memfotostat perangai saya.. heheheh.. kadang-kadang perangai lama yang saya dah tak buat, dipertontonkan semula dalam bentuk 'Alawi. Baru sedar.. bughuk ghopernyer yerrr... !!!
Saya masih ingat, satu sifat saya --> Pemilih, terutama bab beli belah. Saya pernah duduk kedai buku berjam-jam untuk cari buku yang nak beli. Akhirnya tak beli banyak mana pun.. pilih je lebih.. :) Beli baju pun memilih. Beli kasut memilih. Mana tak memilih.. jumpa yang sedang molek, tak ada saiz pulak kan.. Nak beli hadiah orang pun puas saya round satu pasaraya. Satu benda yang saya tak berapa memilih, bab makan jer.. haa.. yang ni saya boleh masuk apa pun. 'Alawi tak ikut bab makan, Aisyah yang ala-ala saya --> telan apa saja :P
I - Di kedai buku, di petang hari, di bulan puasa -- 5.30 pm
Kami biasa bila dapat gaji, memang simpan sedikit duit untuk beli buku anak-anak. Sebenarnya sebab dah tak nak beli mainan lagi (bukan main pun.. diorang duk main lego jer pun). Maka hari itu saya pun bawa 'Alawi dan Aisyah ke kedai buku. Konon-kononnya Ummi baik hati, minta mereka pilih sendiri nak buku apa. Kira hari tu Ummi cuti masak, siap-siap beli terus ke kedai. Dengan senang hatinya anak bujang dan anak daraku membelek-belek buku yang ada.
Ummi: Dah jumpa nak buku apa?
'Alawi: Belum.. 'Alawi nak cari buku gambar kapal..
Aisyah: Ecah nak ni Ummi.. (sambil tunjuk buku gambar binatang)
Ummi: Ok.. Aisyah amik yang tu.
Aisyah: Tanak. (Aiyyaaa!)
Ummi: Ni ada gambar kapal? (Saya tunjukkan buku "Mengenali kenderaan")
'Alawi: Tak nak.. tak lawa..
Lalu saya pun biarkan dia cari. Mana yang ada di rak atas dia minta dukung, saya dukung. Aisyah pengikut setia. Dah lah Ummi puasa, bateri dah nak habis. Cari punya cari punya cari.. itu tak nak ini tak nak, dari gambar kapal jadi kapal terbang jadi keretapi pulak.. adusss.. saya tunjuk buku Dino tak nak, boleh saya bacakan cerita, Aisyah pulak sibuk nak buku Power Rangers.. dah melalut-lalut.. maka tiba-tiba Ayah masuk kedai dengan Rifaie..
Ayah: Uik.. kedai dah nak tutup la..
Saya pandang depan.. yer la.. pintu kedai dah tutup separuh..
Ummi: Ok jom.. Ummi amik jer buku apa yer..
'Alawi dan Aisyah: Alaaaa..
Ummi: Ha takde.. takde.. kedai nak tutup tu.
Saya capai jer mana yang ok. Buku gambar kenderaan dengan buku Dino. Siap bayar, elok jer masing-masing ambil buku sorang satu.. hmmmm lain kali Ummi belikan aje la.. banyak cekadak betul! Malu saya pada tuan kedai.. dah pukul 6.45 pm rupanyer.. lama benar pilih buku.. rasa macam tak gi dah kedai tu kot.. kekekekek..
Ayah: Ikut sangatla perangai Ummi dia..
Saya diam ajer.. memang pun.. tapi tu dulu. Sekarang, buku apa nak beli, saya siap survey dulu. Jadi sampai kedai saya beli dan kalau ternampak satu dua yang best, baca sinopsis dan beli. Tak perlu bertapa di kedai buku yer..
II - Di Parkson, di pagi Sabtu --> beli baju raya
Tahun ini, baju raya dah settle. Alhamdulillah.. semuanya warna purple.. gara-gara 'Alawi sibuk sangat nak baju melayu warna purple. Ish.. susah betul dengan budak yang dah kenal warna ni. Lalu meraban la kami mencari baju masing-masing warna purple. Baju saya paling susah nak cari.. tahun ni MAJORITI kedai jual baju kurung cantikkkkk tapi JARANG. Haiiiiyaaaa.. tak payah pakai baju laaa.. susah betul.. Baju Rifaie pun Alhamdulillah ada.. sepasang tu jer yang kecil warna purple.. fuhhhh... next year sila hantar tailor AWAL-AWAL yerr.. tahun ni tak sempat. Bulan 7 lagi tailor dah tak ambil. Saya kan baru habis pantang. Masa tu la baru boleh nak pergi beli kain pun. Sebelum bersalin? Nak angkat kaki pun tak larat daa..
Cukuplah saya dan suami sepasang sorang. Bonus tak dapat kannn.. sob.. sob.. tak apalah.. apa ada pada bonus.. hehehhe.. adalah hikmahnya tu. Lebihkan anak-anak ajer. Maka kami pun mahu beli baju-baju biasa. Pergi Parkson di BP Square (eh yer ke? tak ingat nama la). Banyak juga pilihan cantik-cantik. Lalu saya pilihkan Aisyah baju sepasang. Minta dia cuba di badan.
Ummi: Nak Aisyah?
Aisyah: Nak!
Ok settle. Beralih ke baju 'Alawi. Saya ambilkan T-shirt yang warnanya lebih kurang dengan baju Aisyah.
Ummi: Cuba ni 'Alawi..
Elok di badan. Ok. Cari seluar. Saya ambil seluar yang padan dengan baju dan nampak seluar tu pun warnanya 'Alawi belum ada. Saya acukan untuk dia cuba.
'Alawi: 'Alawi tak nak seluar ni.. (dah mula dah..)
Ummi: Ok.. pilih nak seluar mana.
Saya tengok dia duk belek-belek seluar yang ada. Salesgirl yang ada duk tunjukkan beberapa seluar pada 'Alawi..
'Alawi: Tak nakkkkk..
Adusss.. mau berzaman pulak kami duk mencari seluar dia.
Ummi: Cepatlah 'Alawi, kita nak cari baju Rifaie pulak ni..
'Alawi: 'Alawi nak seluar panjang warna coklat..
Bagusnya salesgirl tu ambilkan 2 helai seluar coklat..
'Alawi: Tak nakkk..
Ummi: Laa.. ni coklat la ni. Cantik ni.. (memang lawa pun.. )
'Alawi: Tak nak la..
Dia round kawasan seluar. Tiba-tiba terhenti pada jeans warna biru tua.
'Alawi: 'Alawi nak ni la.. (sambil tunjuk jeans)
Saya mulanya tak berapa bagi.. sebab jeans biru gelap dia dah ada. Belilah seluar warna lain pulak kan. Tapi sebab si 'Alawi ni nak juga, Ayah kata ambil je la.. kang tak balik kita.. hehhehe..
Mujurlah Aisyah dan Rifaie tak pandai memilih lagi.. kalau tak entahlah lama mana duduk di Parkson. Masa beli kasut sekejap jer sebab memang dah jumpa yang dia suka --> ala-ala but bola. Mungkin 'Alawi mengikut ayah dan adik-adik saya yang kaki bola. Nak kata ikut Ayah dia.. hehehhehe.. kaki bangku tuh!
III- Makanan
Saya teringin makan nasi kerabu. Jadi saya beli nasi kerabu di pasar ramadhan yang baru pertama kali kami kunjungi hari khamis lepas. Kira Ummi off masak lah. Lagipun Ayah berbuka di masjid. Saya beli dua, satu konon-kononnya untuk 'Alawi dan Aisyah.
'Alawi: Eeee.. nasi apa ni Ummi? Warna biru..
Ummi: Nasi kerabu.. mari Ummi suap..
'Alawi: Eeee.. taknak la.. Ummi.. gi lah masak nasi putih..
Ummi: Ala.. banyak ni nasi ni. Sedap ni, marila makan..
'Alawi: Tak nak..
Saya bagi dia goreng-goreng yang juga saya beli (daging burger+roti+nuget). Dia makan. Nasi biru dia taknak. Tak kuasa saya masak nasi putih. Maka sebungkus lagi saya simpan untuk sahur esoknya. Saya kongsi makan dengan Aisyah.. dengan ikan percik. Aisyah tak kisah sangat kann..
Hari ini, saya masak nasi tomato. Ada masa lebih sikit, saya masak untuk balas bekas jiran-jiran. Sebelum berbuka, saya suapkan dulu 'Alawi dan Aisyah. Nanti masa berbuka, biasa diorang makan sendiri.. jadi takut tak kenyang sangat.
'Alawi: Eeee.. nasi apa ni Ummi? Warna pink..
Ummi: Nasi tomato.. (nasi saya warna nasi tomato biasa.. 'Alawi jer sebut pink..)
'Alawi: Ummi ni.. masak nasi putih je la..
Ummi: Marilah makan.. sedap nih.. penat Ummi masak..
'Alawi: Taknak lah.. nasi pink.. (ala.. tengahhari tadi nasi putih pun dia makan sikit jer.. minum susu jer lebih)
Saya suapkan juga sikit, bagi dia rasa. Lepas tu.. baru dia makan. 'Alawi sebenarnya suka nasi warna-warna ni. Dia suka nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato dan lain-lain la sebab nasi tu kan ada rasa. Tapi semenjak dia kenal warna nih, banyak cekadak pulak dia.. geram juga nak bagi makan..
Apa-apa pun, anak sedang membesar.. layankan ajer la.. :|
2 comments:
hshahhaha..mmg byk cekadak kan...sbb die dah kenal...uih..kalo dah gaya tu,pas ni jgn ler awak sesekali offer, "nak ape..ha..pilih.." hahaha...mau kedai tutup pun die tak mau balik kang...eheheh...
Fikriyah pun camtu banun, tapi tak la se'cekadak' alawi..hehehe..die siap pilihkan tuk adik die..yg pasti die pink/adik purple..kalo die pilih purple adik wajib pink..die plak lebih2 tuk adik..adik pun naik rimas dipaksa2..ehe..tulah layankan aje..
tp kalo gi soping, mmg saya tak berani offer mcm awak..sbb automatik 2-3 hangers mmg Fikriyah da pegang siap2..die tu asal bole pun ye jugak..asalkn pink/purple..;)
ha mmg dah pakat ngan ustat, kalau menda-menda penting.. saya je la gi beli.. tak payah bawak budak-budak..
'Alawi tak payah tunggu kita offer.. dia memang kalau tak nak, tak nak lah jawabnyer.. kena ikut pilihan dia.. hehehhe..
Fikriyah tu betul-betul "wanita" sejati.. kalau dah sekali shopping bleh pegang 2,3 hanger.. kekekek.. ikut sapa tuh Far?
Post a Comment