Pages

11 November 2009

Haji

Bismillah..

Sudah tiba musim haji. Biasanya, saya tidak begitu alert dengan musim haji. Tahu-tahu, sudah raya haji. Tetapi semenjak saya membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, tulisan Prof Muhd Kamil, saya jadi teruja dengan musim haji. Tambahan lagi tahun ini, emak dan ayah mertua saya berangkat ke Mekah. Alhamdulillah.. mereka baru berangkat pada pagi semalam, dan saya doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga beroleh haji mabrur dan berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.

Seingat saya, kali pertama saya menghantar orang mengerjakan haji ialah pada tahun 1993. Hantar Tok dan Wan saya ke Senai. Kali kedua, inilah.. emak dan ayah mertua saya. Hantar ke Kelana Jaya. Asalnya, saya tidak mahu ikut sebab mengenangkan mereka akan mendaftar pukul 1.00 am dan berlepas pukul 3.30 am jika mengikut jadual. Tetapi sebab tidak mahu susahkan sesiapa dan memenuhi juga permintaan suami yang mahu mengiringi emak dan ayah, saya angkut juga 3 anak saya ke Kelana Jaya. Subhanallah.. hanya Allah yang maha mengetahui bagaimana rasanya. Saya melihat positifnya. Patutlah dalam buku Travelog Haji, ada Prof nyatakan ahli keluarganya diminta tidak menghantar beliau ke Kelana Jaya. Cukuplah seorang sahabatnya yang hantar, dan turunkan sahaja di Kompleks Tabung Haji. Saya dapat rasa besar hikmahnya Prof berbuat begitu. Biarlah kita bersedia sesedia-sedianya untuk ke Makkah saat-saat akhir ini. InsyaAllah, ada umur kita akan berjumpa lagi. Pengalaman menunggu di khemah menunggu yang disediakan amat berharga dan rasanya seperti tidak mahu saya alami lagi.. dan tidak mahu orang lain melaluinya kerana saya.. (perkenankanlah Ya Allah). Esoknya saya demam :). Itupun saya, suami dan anak-anak balik awal.. 1.30 am meninggalkan 3 adik-adik suami terus menemani emak dan ayah. Anak-anak saya sudah meragam. Rupa-rupanya pukul 5.00 am baru mendaftar. Alhamdulillah kami berangkat pulang dulu.

Apa-apapun, saya sudah kembali ke Batu Pahat hari ini dan menyambung kerja-kerja menanda kertas final exam yang tertunda. Kisahnya banyak dan sarat dengan kepenatan, biarlah saya rakam di dalam ingatan saya sahaja.. :D

No comments: