Fobia rasa nak angkat call. Sampaikan bila nombor tak dikenali, saya just biarkan ajer. Jika student, saya dah pesan siap-siap, SILA SMS. Sapa yang baik hati banyak duit call tu tak berangkat, jangan marahkan saya. Jika orang office, biasa mereka guna nombor telefon pejabat, so senang nak recognize. Jika emergency, takkan call sekali je kan.. kenalah call 2,3 kali.
TAPI
Mereka-mereka ni sekarang suka-suka hati nak call pejabat. Sampai bila telefon pejabat bunyi call luar (saya kenal tone luar dan dalam, Ziha, anda boleh cam? hahahah), saya refuse untuk angkat. Tapi angkat juga mana tau penting --> semalam baru angkat satu call yang tak dialu-alukan.
Macam baru beberapa minit tadi (that's why ada entry ni hahah), call 2 kali. Bajet penting sangatlah kan.
APASAL?
Patut saya ni tak payahlah rasa geram. Tak, bukan geram.. annoyed. Yer, sekali dua kira oklah.. consider itukan punca pendapatan mereka. Tapi kalau dah banyak22222 kali, dan kena dengar penjelasan yang konon 2,3 minit tapi berjela-jela sapa tak marah kan?
Pleaselah.. agen insurans, agen hapatahkebenda tu, janganlah call orang suka-suka hati. Orang nak insurans, orang pandai cari, I think people nowadays dah cukup educated untuk fikir benda2 ni. Siap nak cek details la.. hey, maksudnya dia ada maklumat kita lah kan? Dan ini berlaku bila saya ambil kad kredit maybank awal tahun lalu.. and dah macam-macam manusia call nak hantar polisi insuranslah, nak hantar polisi reduce charge lah.. poning makcik. Yang call nombor pejabat tah dari mana dia cilok nombor tu tah..
Dulu-dulu masa awal-awal, saya dengar juga, sekarang sorry, dari nada suara awal lagi saya dah kenal, dan saya akan cakap "Sorry, saya tak minat nak dengar apa-apa penerangan pun", then letak telefon. Rude. Yes. Mereka membuatkan saya jadi orang yang kurenggggg.. hihi.
2 comments:
ha ha ha..marah benar akak sorang ni..erm..saya kan x cam beza call luar dalam..akak le yg cam...hikhik...kelakor je..sabo ye..jgn layan diaorang tuh..buat penin palo jah..
chill...:) but it's ok sometime to give some chillies here!
Post a Comment