Pages

22 March 2012

Surprise? (sambungan..)

Bismillah wa salam..

Niat di hati mahu update setiap hari, maklumlah.. wifi kat rumah tu boleh tahan laju (haha.. sungguh tak sesuai knowing the bad side of electromagnatic wave-ada kaitan?). Tapi.. insyaAllah satu hari nanti. Buat masa sekarang, saya berpeluang mengadap notebook di waktu bekerja sahaja. Jika notebook dibuka di rumah, maka permintaan untuk ultraman sangat tinggi (saya sekarang berusaha untuk kurangkan ultraman Rifaie sebab macam tak best je nak bagi dia addicted to that kind of superhero, baik ajar dia benda berfaedah lain).. dan kekelamkabutan dengan segala tugas di rumah tidak mengizinkan saya mengadap notebook macam anak dara.. hehe.

Entry ini adalah sambungan entry sebelum ini di sini. Alhamdulillah.. kami telah mendapat iPad itu pada 14 Mac lalu. Actually ada jamuan kecil yang diadakan oleh pihak bank Muamalat, saya memang cuti hari tu tapi pagi tu saya ada appointment di klinik, dan jamuannya 2.30 petang, bila tengahhari sampai rumah dari klinik dah rasa penat badan. Maka, en suami jadi wakil, lagipun en suami memang kenal dengan orang-orang bank sana.. so.. settle masalah.

Alhamdulillah.. walaupun iPad bukanlah gadjet yang saya nak sangat sangat (ada ok, tak ada pun takpe), tapi bila dah ada rezeki tu, saya terima dengan tangan terbuka. Nak harapkan saya keluarkan hampir (atau lebih?) RM1500 beli.. owh no!.. bukan keperluan kot untuk kami sekeluarga. Anyway, bila dah ada ni, saya cari-cari application yang bagus untuk anak-anak, setakat ni saya install  yang free saja dari Apple Store. Jika ada yang menarik dan mengembangkan minda mereka, bolehlah kot nak beli since harga agak reasonable. Cuma baru lagi kan, so tak boleh nak decide mana pun lagi. Nak jailbreakkan iPad tu saya tak reti dan tak kuasa sebab tak expert. Cuma sekadar 'tahu' sahaja lebih untung jika jailbreak. tapi tak cukup ilmu nak buat.

Memang most of the time anak-anak yang mengadap. Games, saya kurangkan.. setakat tembak-tembak sikit-sikit, Angry Bird (apasal budak-budak tau jer games ni?) adalah.. selebihnya kid's activity macam coloring, puzzle, pilih perkataan, kira-kira.. biasa anak-anak saya suka color dan puzzle. Setakat seminggu ni iPad tu boleh menyatukan mereka dan boleh juga memecahbelahkan keamanan rumah. Tapi, kami agak control penggunaan sebab bila tengok masing-masing leka, sat gi tak endahkan dunia luar pulak.

Oklah.. ni iPad yang saya terima, warna hitam. Covernya belum beli.. insyaAllah weekend ni jika belum bersalin lagi. Sebab apa perlukan cover.. sebab amatlah togel dan macam kurang selamat tanpa sebarang cover.. maklumlah.. kadang-kadang bila budak-budak ni gaduh dengan senang hati dibalingnya.. tsk.. tsk.. walaupun dapat free tapi harta benda kena pandai jaga nak oiii..

Nipis dan senang nak masuk handbag

iPad 2, 16g wifi dan 3g
p/s: Terima kasih kepada Bank Muamalat..

2 comments:

Dr. Norziha said...

alhamdulillah..rezeki anak2..akak dah bersalin ke belum ?..take care ye

Ummu said...

Baru perasan msg ni.. Ziha, dah bersalin.. Baca entry baru..