Pages

28 September 2015

Dunia yang penuh kepura-puraan

Bismillah wa salam..

Lama tidak menulis. Menjengah pun tidak.

26/9/2015 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-11. Alhamdulillah.. Alam rumahtangga yang penuh suka duka. Terima kasih dan sayang yang tidak terhingga kepada suamiku yang sentiasa bersabar dengan kerenah isteri dan anak-anak. Menerima saya seadanya, Menerima siapa saya yang tak punya apa-apa.
***
PROLOG

Semakin menghampiri hari tua, semakin kuat rupanya ujian dari Allah. Atau saya mejadi lebih sensitif? Manusia.. sudah namanya manusia. Tentu ada khilaf di mana-mana. Bagaimanapun sedari dulu lagi saya cukup tidak suka dengan manusia yang bermuka-muka, depan kita baik, belakang kita ditikamnya bertubi-tubi supaya jatuh menyembah bumi. Manusia begini saya jauhi berjuta-juta kilometer setelah perbuatannya terbongkar. Saya hidup tidak mengganggu orang lain apatah lagi mahu iri hati dengan hidup orang lain. Pemikiran saya simple.. REZEKI MASING-MASING.

Saya.. manusia yang tidak akan update di alam maya/cerita pada sebarang orang life saya sehari-hari.. untuk apa dihebohkan pada orang?

Saya.. manusia yang tidak akan update di alam maya/cerita pada sebarang orang kebahagiaan saya sekeluarga.. juga untuk apa dihebohkan pada orang?

Saya.. manusia yang tidak akan update di alam maya/cerita pada sebarang orang kedukaan dan kesulitan yang saya alami.. apa yang nak dihebohkan?

Semua kenyataan di atas terpakai juga untuk en suami. Dengan kata lain, KAMI tidak tunjukkan diri kami seluas-luasnya pada orang lain.

Tidak tunjuk life kami tidak bermakna kami hidup kucar-kacir..

Tidak tunjuk kebahagiaan kami tidak bermakna hidup kami bermasalah..

Tidak tunjuk duka dan lara tidak bermakna hidup kami sentiasa gembira..

Kita semua manusia. Ada masa senang.. ada masa susah. Ada masa suka.. ada masa duka. Ada masa gembira.. ada masanya menangis. USAH BERSANGKA-SANGKA pada hidup orang lain. Dan lagi parah USAH CUBA MENYELESAIKAN MASALAH (?) ORANG LAIN YANG KITA SANGKA ITU PADAHAL SEBENARNYA SEMUA ITU SANGKAAN BURUK KITA. Kesian orang yang menyibuk dalam hidup orang macam ni. Mungkin tidak cukup kasih sayang.
***
Best tak permulaan novel terkini? Hihihi..

Jika ada sahabat yang membaca.. perhatikanlah dalam dunia akhir zaman ini, jagalah diri kita, suami dan anak-anak terutamanya dari manusia yang mempunyai topeng seperti di atas. Menakutkan.. manusia begini pandai spin cerita silap-silap kita yang disalahkannya, tentulah tidak mahu mengaku kesalahan dan lagi teruk rasa tidak bersalah pun (anggap gurauan). Agaknya masa buat salah tu itu bukan dirinya yang sebenar.. Tak apalah.. ALLAH MAHA ADIL.. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang tersembunyi dan disembunyikan. Kita boleh sorok dari manusia, tidak dari Yang Maha Kuasa.

Eh.. dah sem 3 saya ni.. huk huk huk.. 

2 comments:

Dr. Norziha said...

assalamualaikum akak

tahniah...alhamdullillah...semoga rumah tangga kekal hingga syurga...

doakan keluarga kami juga

takut baca 'novel' akak tu

harap tiada kaitan dengan saya serammm..

jaga diri..selamat berjuang PhD...doakan saya juga

Anonymous said...

Thanks Ziha. Semoga kita semua sentiasa dlm perlindungan Allah.

Jgn bimbang xde kena mengena dgn org2 yg rapat. Sebab kita masing2 tau life kita yg busy ni.. Tak smpt nak menyibuk dlm hidup org lain hihi..

Kak Banun