Bismillah wa salam..
Dulu masa kecil, saya mahu jadi doktor. Eh sekejap doktor, sekejap cikgu, lihat kawan tulis petani moden di kad 001, saya pun tulis petani moden. Hahhahaha.. budak-budak. Tapi masa tu saya cuma ada satu aim saja, nak duduk asrama lepas darjah 6. Alasan sebab seronok nak duduk dengan kawan-kawan. Tak fikir pun hal-hal nak urus diri sendiri. Alhamdulillah Allah makbulkan cita-cita nak duduk asrama tu, tapi sebelum dapat keseronokan yang diidamkan dah tentu penuh onak ranjau kepayahan dalam diari seorang anak kecil yang pertama kali berjauhan dengan keluarga.
Bila masuk sekolah menengah, dah ada mata pelajaran yang diminati dengan tidak. Masa ni lorongan cita-cita tu dah agak spesifik. Saya tak minat mata pelajaran yang perlu membaca dan menghafal macam Sejarah dan Geografi. Dah tentu saya paling suka Matematik. Jadi masa ni cita-cita sebagai doktor dah berkubur kerana saya memang tak mahu ambil mata pelajaran Biologi yang dikabarkan perlu banyak membaca dan menghafal. Jadi bila keputusan PMR keluar, saya mohon ke MRSM dengan jurusan Sains Gunaan. Dulu-dulu sebelum sijil terbuka, MRSM yang saya mohon ada dua jurusan iaitu Sains Tulen dan Sains Gunaan. Beza kedua ni ialah Sains Tulen ada Biologi di samping mata pelajaran sains yang lain tetapi Sains Gunaan tiada mata pelajaran Biologi tetapi diganti dengan Prinsip Akaun. Bila di tingkatan 4, cita-cita saya sudah tetap untuk menjadi akauntan.
Tamat SPM, saya mohon ke beberapa universiti dan semua pilihan pertama adalah jurusan Perakaunan. Bagaimanapun, bukan rezeki saya untuk menjadi seorang akauntan kerana apabila mendapat tawaran UTM, saya ditawarkan jurusan Sains Industri. Apa itu? Entah. Hahhahahaha. Saya memang tidak banyak cekadak, lagipun saya memang pelajar jurusan sains kan, tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya ke universiti dengan semangat yang jitu untuk menjadi pelajar universiti yang berjaya. Ialah, sebagaimana gembiranya saya mahu masuk ke asrama selepas darjah 6, begitulah terujanya saya mahu 'masuk' ke universiti selepas tingkatan 5. Well, sudah tentu banyak susah senang dan suka duka di UTM tetapi yang pasti saya pun tak pasti apa yang boleh saya gambarkan sebagai cita-cita saya ketika itu. Tetapi ada satu angan-angan yang tersemat kukuh di hati, saya mahu jadi surirumah. Ya. Saya mahu menjadi isteri yang menanti suami pulang ke rumah serta ibu yang menguruskan anak-anaknya sendiri baik dari segi fizikal atau sahsiah diri anak-anak. Cuma ia sekadar angan-angan sahaja kerana saya pun tidak pasti jodoh saya ketika itu. Haahhahah.
Hidup saya banyak mengikut flow sahaja. Bukanlah lancar sangat, cuma cara saya berfikir ialah jika tak dapat sesuatu yang kita mahu, pasti Allah menjanjikan yang lebih baik yang sesuai dengan diri kita. Bila saya berkahwin dan ada anak, sudah pasti angan-angan yang dulunya untuk menjadi surirumah bertukar menjadi cita-cita. Namun ia hanya sekadar cita-cita. Saya suka uruskan hal berkaitan keluarga. Saya suka kira kewangan, rancang tugas-tugas di rumah, rancang pelajaran anak-anak, cuba resepi-resepi baru dan apa-apalah yang seorang surirumah lakukan. Tetapi bila saya bekerja, banyak perkara yang tidak mampu saya lakukan. Kekangan masa. Bukan alasan, tapi saya bercakap atas paksi realiti.
Apa yang menghalang? Saya anak sulung dari 9 beradik. Sewaktu saya tamat belajar, adik-adik saya masih bersekolah. Saya bukan anak orang yang terlalu susah, tetapi keluarga kami tidak mewah. Emak dan Ayah mengorbankan banyak perkara untuk pendidikan kami adik-beradik. Terutama bila saya tekad untuk sambung Master, saya pasti 2 tahun pengajian saya, Emak dan Ayah menanti penuh harapan. Alhamdulillah Allah mudahkan laluan kerjaya saya selepas itu. Jadi, saya tidak tergamak mahu menyatakan pada Emak dan Ayah saya, anak yang mereka harapkan sekian lama ini tidak mahu bekerja, mahu menjadi surirumah. Saya tidak dapat gambarkan betapa kecewanya mereka. Kerana itu, saya kuburkan cita-cita nan satu itu. :) Kini, adik-adik saya pun dah tamat belajar. Ramai yang telah berkeluarga dan bakal berkeluarga. Anak saudara pun setiap tahun bertambah.
Saya? Redha dengan apa yang Allah bagi. Allah maha mengetahui akan hamba-hambaNya. Dah kenapa cari penyakit sambung PhD? Hhahahhahahah. Sungguh, saya sudah letih statik pada ilmu yang sangat cetek. Saya mahu ada perkembangan pada diri. Cuma, cita-cita mahu jadi surirumah tu masih sesekali datang bertandang. :) :) :)

3 comments:
assalamualaikum akak
rindu coretan akak di sini. hehe
surirumah tu kerjanya banyak, tapi seronok kalo dapat duduk rumah yang bersih dan kemas..OCD !
kalo la bole..tp di usia berapa la agaknye tu ? atau masa tu anak2 semua dah x de kat rumah..suri hati en suami je la nanti ye
Seronok duk rumah Ziha! Kerja banyak tapi tak serabut pikir menda lain. Hihi..
ha ha..yup...betul2
Post a Comment