Pages

30 May 2017

Dugaan

Bismillah wa salam..

Cuti belajar hampir tiba ke penghujungnya. Pelbagai perkara berlaku dalam tempoh yang getir ini. Sudah tentu saya tidak dapat menghabiskan pengajian saya pada semester ini. Namun, saya cuba menyiapkan sebanyak mungkin penulisan tesis sebelum mula bekerja. Cuba..

Cuti belajar kali ini, banyak sungguh dugaan yang perlu diharungi. Mungkin pada sesetengah orang, dugaan itu biasa sahaja. Namun bagi saya, sedikit sebanyak saya perlu blend dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Adakala bila saya tidak termampu membuat keputusan atau befikir dengan baik, saya hanya serahkan kepada Allah sahaja supaya Allah mengasihani hambaNya yang lemah ini.

2/5/2017 malam - adik bongsu saya membuat panggilan menyatakan emak seperti terkena stroke. Saya bergegas pulang awal pagi esok walaupun sepatutnya saya perlu ke UPM untuk berjumpa dengan supervisor. Terima kasih kepada sv kerana amat memahami sementelah setahun yang lalu dia juga menjaga ibunya yang sakit. Tiba di kampung, emak ada dirumah kerana menurut adik, bahagian emergency hospital mengarahkan pulang kerana setelah diberi ubat tekanan darah emak turun. Hmmmm turun pun bukan banyak pun.

Bila di rumah, kami memantau tekanan darah emak. Kejap naik, kejap turun.. tak stabil. Saya mahu membawa emak ke hospital tetapi emak berkeras mahu berurut. Saya kurang setuju tetapi apabila bincang dengan ayah dan adik, kami turutkan sahaja.

Esoknya, emak bukan makin pulih. Tekanan darah juga tidak stabil. Lalu pagi-pagi lagi kami bawa sahaja emak ke hospital walaupun emak membantah. Kebetulan emak ada appointment di klinik pakar hospital, jadi kami tak bawa ke emergency, terus bawa ke klinik pakar. Saya deal dengan nurse di situ supaya jika mereka cek tekanan darah emak tinggi, saya minta terus dibawa ke emergency. Kebetulan tekanan darah emak bacaan atasnya 200++, jadi terus sahaja dihantar ke emergency. Emak tidak boleh membantah.

Emak ditahan di emergency. Doktor bagi ubat untuk menurunkan tekanan darah. Kali pertama diberi ubat, tekanan darah emak tidak menunjukkan penurunan. Lalu doktor bagi ubat sekali lagi pada sela masa yang seterusnya. Emak tidak sudah-sudah minta keluar. Ini saya memang tidak faham kerana jika sayalah kan, biarlah saya ditahan di hospital kerana di sana ada pelbagai kelengkapan untuk pelbagai kemungkinan. Entah macam mana, tekanan darah emak bacaan atasnya turun kepada 150++, jadi doktor mengarahkan emak keluar. Saya sebenarnya tidak berapa sedap hati bila emak diarahkan keluar. Bukan sebab kami tidak boleh/mahu menjaganya di rumah, tetapi sebab tiada rawatan lanjutan yang dapat kami beri di rumah selain berurut. Yakin ke??? Emak discharge tanpa apa-apa arahan lanjutan tentang ubat etc.. cuma kertas pemantauan untuk cek tekanan darah di klinik kesihatan terdekat. Saya masuk kembali untuk berjumpa dengan doktor yang merawat dan bertanya tentang ubat yang perlu emak makan. Lalu doktor semak buku rawatan emak dan di situ didapati, kemungkinan emak tidak mengambil ubat darah tinggi dengan dos yang betul.. hmmmmmmm.. emak.. emak..

to be continue.


1 comment:

Dr. Norziha said...

Assalamualaikum akak...

hai..lama tak jenguk..saya doakan mak akak makin sihat.

kuatkan semangat PhD akak...insha Allah akan dipermudahkan.

amin yra.