Bismillah wa salam..
13 tahun telah berlalu. Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah.
Ada rakan yang pernah bertanya pada saya sebelum saya berkahwin, sekejap sangat saya berkawan dengan en suami, macam mana saya boleh setuju untuk kahwin? Saya dah habis kenal dengan dia (en suami) ke? Hehhehe. Jikalah dia tahu, saya setuju berkawan untuk berkahwin pada kali pertama en suami menelefon, lagi tak masuk akal. Namun, saya tahu en suami serius bila dia kata, dia tak mahu sekadar "kawan-kawan".
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Malah saya masih teruja (dan pelik) sehingga kini bagaimana Ayah saya yang "dingin" dan Emak saya yang "cerewet" tanpa ada sebarang soalan pun boleh bersetuju dengan idea en suami dan Ayahnya (bapa mertua saya) untuk kami terus mengadakan majlis kahwin pada 26 September 2004, tanpa melalui majlis pertunangan sebagaimana perancangan awal. Saya lagilah terkejut kerana pada asalnya kami plan majlis kahwin pada bulan Disember, tapi diawalkan ke September. Nak kurus pun tak sempat! Hahahhahahaha.
Alhamdulillah. Bak kata Emak saya, en suami je yang tahan dengan perangai saya!
Dah tentu, 13 tahun banyak pasang surut. Gaduh baik tu biasa. Cabaran dari luar, dalam dan segenap segi pasti ada dalam rumahtangga. Kadang rasa malas nak hadapi, tapi kena hadap juga. Selagi ada nyawa.
Peribadi en suami sangat ketara bila Emak saya diuji dengan sakit. Saya sangat berterima kasih kerana dia sudi bawa saya balik kampung, ambil cuti, ketepikan tugas dia yang sangat penting untuk perkembangan kerjaya dia. Saya sendiri tak mampu buat macam tu. Adakala saya sendiri culas untuk balik kerana memikirkan kerja saya yang bertimbun. Tapi, en suami sentiasa ingatkan, tak nak jenguk Emak ke? Heeee. Terima kasih.
En suami, bukan menantu favourite. Bukan juga abang ipar favourite. Kerana, bila dia menegur, sangat straight to the point. Tetapi manusia beginilah yang tidak tinggalkan kita apabila kita susah, kerana tegurnya kerana sayang dan marahnya kerana mengambil berat. Tiada bermuka-muka.
Tak boleh puji lebih-lebih. Manusia ni hatinya rapuh dan berbolak balik hihihi.
Semoga perkahwinan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.
1 comment:
Happy Anniversary akak..maaf terlupa tarikh keramat kami ke Rompin hehe...13 thn dah....ups..kami nye turns next week :)
Post a Comment