Bismillah wa salam..
2, 3 minggu ini susahnya nak menghapus rasa sedih dalam hati. Hati yang sentiasa sedih.. Kadang-kadang tak tahulah mengapa rasa sedih saja dalam hati. Saya rasa nak escape dari kehidupan yang sedang dilalui. Serius sangat penat. Belajar, bekerja, dalam masa yang sama perlu tumpu pada rumahtangga, dan ditambah lagi kesihatan Emak yang sangat merudum membuatkan saya tidak dapat fokus pada satu-satu perkara dengan baik.
PhD. Saya sangat mahu menamatkannya. Garisan penamat dah nampak.. tapi nak sampai ke sana MasyaAllah.. Tabarakallah.. banyaknya onak duri. Saya benar-benar mahu FOKUS untuk lancar menulis tesis. Tetapi FOKUS itu nampaknya sangat jauh. Bukan mudah apabila apa yang kita mahu buat dan rancang sering diganggu oleh kerja-kerja sampingan yang tiba-tiba, tak buat, salah, bila buat maka penulisan tesis saya ketepi lagi. Selalunya saya terpaksa pilih yang kedua, sebab suka atau tidak, kena buat juga.
Bekerja.. ya nampak simple. Fikir macam simple. Awalnya eh simplenya.. heheh. Tetapi MasyaAllah.. Tabarakallah.. banyaknya perkara yang perlu dibuat. Syukur saya tidak perlu study beria-ia kerana silibusnya adalah gabungan kursus yang pernah saya ajar dulu. Tetapi still.. kena buat revision. 3 tahun bergelumang dengan research PhD, manalah saya ingat sangat solution untuk contoh-contoh saya. Ya.. dan selepas itu dengan assessment.. dan coordinator.. dan birokrasi.. serius I'm tired.
1.12.2017 tarikh kami tempah lori untuk pindah. Tetapi barang saya sikit pun belum pack. Saya harap ada keajaiban dan kekuatan tiba-tiba dari dalam diri saya untuk mengemas segala barang yang sangat banyak. Jika orang bujang, mungkin apa sangatlah pindah. Tapi bagi kami yang berkeluarga ini, sangat meruntun hati melihat banyaknya baju, perkakas dapur, buku dan segala tok nenek yang berselindung di dalam dan di luar almari, laci, rak etc. Belum lagi saya yang alergi sangat teruk dengan habuk ni. Hmmmmm.
Dan.. Emak. Punca utama hati saya selalu rasa sayu. Saya hanya mampu berdoa moga Allah kurangkan kesakitan yang Emak tanggung. Saya rasa mahu saja bawa Emak duduk bersama. Biarlah di depan mata. Tetapi dalam keadaan Emak yang lumpuh, saya yang berulang-alik Pt Raja - Pagoh, dan bila pindah pula rumah saya berada pula di tingkat 3, semua itu amat mustahil. Sebagai anak sulung, saya selalu rasa semua perkara berkenaan keluarga adalah tanggungjawab saya (adakala semua orang tuding jari pada anak sulung pun iya). Tetapi suami saya selalu ingatkan, buatlah yang termampu sahaja. Adik beradik saya semua sudah dewasa. Patut kami menggembeleng tenaga dan buah fikiran untuk sama-sama menjaga keluarga kami. Bukan meletakkan beban pada seorang individu untuk menanggung beban mental, fizikal dan kewangan.. Jadi, saya ikut nasihat suami. Saya cuba hanya buat yang termampu.. semampu saya.. tetapi bukan mudah rupanya.
Adakala bila memikirkan semua ini, timbul persoalan dibenak fikiran. Kenapa saya perlu lalui semua ini? Saya bukan seorang yang tabah sangat hahahahahha.. saya bukan seorang yang ada cita-cita tinggi melangit. Saya hanya saya.. bak kata Ayah saya, *anak manja yang serba serbi penakut.. hihihi. Tapi tak apalah.. apalah sangat masalah saya yang kecil ini. Bila disenaraikan problemnya, tak adalah banyak sangat. Jadi, jangan persoalkan apa yang Allah uji. Allah mahu hambaNya mengadu padanya. Ya, mungkin saya terlalu sibuk uruskan dunia yang tidak ada apa-apa ini hingga lupa mempersiapkan akhirat. Jadi Allah datangkan rasa serabut ini supaya saya selalu mengingatiNya. Itulah jawapannya.
* Adakala dalam keadaan sekarang, saya lihat Ayah masih mahu saya menjadi anaknya yang dulu. Ibu bapa kan selalu rindukan anaknya masa kecil2. Tetapi keadaan tidak lagi mengizinkan saya menjadi seperti dulu. Saya perlu menghadapi dan membuat keputusan dalam banyak perkara.. walau kadangkala saya ragu-ragu tetapi saya redah saja.
1 comment:
Assalamualaikum akak, semoga emak akak dikurniakan kesihatan yang baik. Memang masalah (ujian) yang datang bertimpa2, tak tahu mana satu nak dahulukan. Insha Allah pastinya ada titik noktah untuk segala tu. Semoga terus kuat ya.
Post a Comment